
Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada
1 Januari 1955 di bawah Ordinan Kuasa Tempatan, 1984. Ianya mempunyai kawasan seluas 1715.5 km persegi yang mana meliputi kawasan bandar Sarikei, Selalang, Ulu Sarikei, Sg. Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Paoh, Merundu/Baji dan Pasi Selidap.
Bilangan
penduduk mengikut anggaran tahun 1991 ialah lebih
kurang 50,000 orang. Kawasan yang paling padat
dengan penduduk ialah kawasan bandar Sarikei
sendiri dan pertambahan penduduk di kawasan ini
dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi
kawasan perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain
daerah disiapkan sepenuhnya nanti.
Pejabat
Majlis Daerah Sarikei terletak di Jalan Nyelong,
Sarikei iaitu berhadapan dengan Dewan Suarah,
Sarikei.
Terdapat 26 orang kaunsilor termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.
Majlis Daerah Sarikei mempunyai 76 orang kakitangan pelbagai jawatan. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir (Setiausaha) dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Setiausaha).
Ianya juga terdiri daripada beberapa bahagian seperti:-
1 Bahagian Pentadbiran;
2 Bahagian Kesihatan Awam;
3 Bahagian Kerja Awam;
4 Bahagain Perbendaharaan;
5 Bahagian Penilaian/Percukaian;
6 Unit Perpustakaan; dan
7 Unit penguatkuasa.
|
|