Terlebih
dahulu terima kasih saya ucapkan kepada
pihak Majlis Daerah Sarikei kerana telah
memberi peluang kepada saya menyampaikan
perutusan saya dalam ruangan Laman Web
Majlis Daerah Sarikei ini.
Saya
selaku Pengerusi Majlis Daerah Sarikei
berasa amat gembira dan ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
Majlis di atas lahirnya sebuah Laman Web
Majlis yang bertaraf antarabangsa ini.
Dengan
adanya Laman Web seperti ini maka, kite berharap
agar semua lapisan masyarakat dari murid-murid
sekolah sampai orang-orang tua dapat memperolehi
maklumat yang tepat dan cepat tentang fungsi
dan perkembangan pembangunan yang dijalankan
oleh pihak Majlis ini semenjak ia ditubuhkan.
Tahniah
dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada
pihak Majlis serta pihak Kementerian di atas
kejayaan projek ICT ini. Sesungguhnya dengan
adanya projek seperti ini akan berjaya menjadikan
kakitangan Kerajaan amnya menerima anjakan
paradigma mengikut perubahan semasa.
Wassalam.
"BERSATU
BERUSAHA BERBAKTI"
Chan
Kam Wuai
Pengerusi,
Majlis Daerah Sarikei. |