|
Ahli Majlis yang terdiri daripada 26 orang kaunselor termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Kesemua Ahli Majlis dilantik oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.
Majlis Daerah Sarikei mempunyai 76 orang kakitangan pelbagai jawatan. Kesemua kakitangan diketuai oleh Setiausaha dan dibantu oleh seorang Penolong Setiausaha.
Anggaran jumlah penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sarikei ialah lebih kurang 50,000 orang. Anggaran statistik ini dijalankan pada tahun 1991. Antara kawasan-kawasan pentadbiran, bandar Sarikei yang paling padat dengan penduduk dan pertambahan penduduk di kawasan ini dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi kawasan Perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain daerah disiapkan sepenuhnya nanti.
|