English | Bahasa Malaysia
 


Welcome
 
Council's Logo


BM VERSION

Council's Logo

Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan Kuasa Tempatan, 1984. Ianya mempunyai kawasan seluas 1715.5 km persegi yang mana meliputi kawasan bandar Sarikei, Selalang, Ulu Sarikei, Sg. Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Paoh, Merundu/Baji dan Pasi Selidap.

Bilangan penduduk mengikut anggaran tahun 1991 ialah lebih kurang 50,000 orang. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah kawasan bandar Sarikei sendiri dan pertambahan penduduk di kawasan ini dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi kawasan perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain daerah disiapkan sepenuhnya nanti.

Pejabat Majlis Daerah Sarikei terletak di Jalan Nyelong, Sarikei iaitu berhadapan dengan Dewan Suarah, Sarikei.

Terdapat 26 orang kaunsilor termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.

Majlis Daerah Sarikei mempunyai 76 orang kakitangan pelbagai jawatan. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir (Setiausaha) dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Setiausaha).

Ianya juga terdiri daripada beberapa bahagian seperti:-
  1. Bahagian Pentadbiran;
  2. Bahagian Kesihatan Awam;
  3. Bahagian Kerja Awam;
  4. Bahagain Perbendaharaan;
  5. Bahagian Penilaian/Percukaian;
  6. Unit Perpustakaan; dan
  7. Unit penguatkuasa.
     



Disclaimer: Sarikei District Council will not be responsible for any problems experienced because of the declaration in these pages.
This website is best viwed on Internet Explorer.
Dimensi Baru Logo
Projek Gemilang