
Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada
1 Januari 1955 di bawah Ordinan Kuasa Tempatan, 1984. Ianya mempunyai kawasan seluas 1715.5 km persegi yang mana meliputi kawasan bandar Sarikei, Selalang, Ulu Sarikei, Sg. Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Paoh, Merundu/Baji dan Pasi Selidap.
Bilangan
penduduk mengikut anggaran tahun 1991
ialah lebih kurang 50,000 orang. Kawasan
yang paling padat dengan penduduk ialah
kawasan bandar Sarikei sendiri dan pertambahan
penduduk di kawasan ini dijangka meningkat
apabila jalanraya yang menghubungi kawasan
perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain
daerah disiapkan sepenuhnya nanti.
Pejabat
Majlis Daerah Sarikei terletak di Jalan
Nyelong, Sarikei iaitu berhadapan dengan
Dewan Suarah, Sarikei.
Terdapat 26 orang kaunsilor termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.
Majlis Daerah Sarikei mempunyai 76 orang kakitangan pelbagai jawatan. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir (Setiausaha) dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Setiausaha).
Ianya juga terdiri daripada beberapa bahagian seperti:-
1 Bahagian Pentadbiran;
2 Bahagian Kesihatan Awam;
3 Bahagian Kerja Awam;
4 Bahagain Perbendaharaan;
5 Bahagian Penilaian/Percukaian;
6 Unit Perpustakaan; dan
7 Unit penguatkuasa.
|
|